Friday, September 26, 2008

semalam



semalam..
aku punyai teman
teman ertinya bukan berseorangan
berseorangan aku berjalan pulang
pulang dari menelaah pelajaraan

pelajaran penting untuk masa hadapan
hadapan dengan tugasan yang aku idam idamkan
idamakan segala kesenangan dan kemewahan
kemewahan bukan untuk ditunjuk-tunjukkan

tunjukkan aku agar terus berjuang
berjuang untuk capai ke awan
awan yang tinggi bukannya halangan
halangan ditepis dan direjam bagaikan syaitan
syaitan sentiasa membawa kehancuran dan kemusnahan
kemusnahan menganhancurkan segala harapan
harapan aku, orang tuaku juga semua yang mengenaliku

mengenaliku amatlah mudah
mudah didekati dan juga mudah dilupai
dilupai dengan sebegitu saja
saja hari ini kau datang
datang kepadaku merintih, dan meminta
meminta daripadaku hanya untuk memikirkan kebahagiaanmu
kebahagiaanmu itu kebahagianku dan juga keperitan dan kesengsaranku
kesengsaraanku adalah kegembiraan musuh-musuhku

musuh-musuhku pelbagai rupa
rupa menawan, namun adakah setiakawan?
setiakawan bukannya mudah diperolehi di sana sini

sini aku terjumpa rakan teman
teman ertiny rakan
rakan ertinya kawan
kawan bukannya lawan
lawan yang ku harapkan hanya berlaku semalam

semalam aku terima panggilan
panggilan itu aku terima darimu
darimu aku mengenali ertinya kawan dan teman
teman bukan utuk berlawan
berlawan bukannya erti bermusuhan
bermusuhan kadangkala demi kebaikan
kebaikan kuharap buakan hanya semalam

semalam aku melompat dengan penuh kegembiraan
kegembiraan kerna akhirnya semalam aku mempunyai teman
teman yang sentiasa menghormati ertinya seorang kawan dan teman
teman yang ku harap bukanlah hanya untuk semalam
semalam bukanlah dikau wahai kawan
kawan yang pernah kujadikan teman
penned down by czarcarera on 26 September 2008/ 26 Ramadhan/0347hours


1 comment:

alifreyes or said...

x paham la sajak nie tuk sape sebenarnye