Monday, August 25, 2008

Pray for him


MB Terengganu lawat selepas Mohd Farid selamat jalani pembedahan kaki KUALA


TERENGGANU: Juruterbang pelatih Pusat Latihan Penerbangan HM Aerospace (HMA) yang cedera parah dalam nahas pesawat terhempas di kawasan hutan Bidong Rabu lalu, selamat menjalani pembedahan di kedua belah kakinya di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), kira-kira jam 10 pagi, semalam. Pembedahan yang memakan masa hampir empat jam itu dianggap berjaya dan Mohd Farid Abdullah, 21, yang turut cedera di kepala dan muka itu dilaporkan dalam keadaan stabil.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan isteri, Toh Puan Norliza Mahmud yang menziarahi mangsa nahas pesawat ringan dari Sungai Buloh, Selangor itu, berkata Mohd Farid masih lemah, namun keadaannya stabil. "Doktor memberitahu keadaan Mohd Farid stabil dan Alhamdulillah beliau selamat menjalani pembedahan di kedua-dua kaki. "Saya dimaklumkan, dalam tempoh dua atau tiga hari lagi beliau akan menjalani satu lagi pembedahan di pipi berhampiran mata kirinya," katanya.

Sementara itu, ibu Mohd Farid, Safiah Omar, 48, bersyukur dan gembira kerana anaknya selamat menjalani pembedahan dan berterima kasih kepada Menteri Besar yang sudi meluangkan masa menziarah anak lelakinya itu. "Mohd Farid masih lemah. Saya sempat beritahu dia Menteri Besar datang melawat dan dia mengangguk tanda faham walaupun tidak mampu bercakap. "Walaupun Mohd Farid melalui pengalaman ngeri dalam kemalangan itu, dia seorang yang kuat semangat. "Saya yakin kejadian menimpanya tidak akan melemahkan semangatnya untuk mengejar cita-cita yang diidamkan sejak berumur tiga tahun untuk menjadi juruterbang," katanya.

Rabu lalu, pesawat dinaiki juruterbang pelatih Mohd Farid Abdullah, 21, dan Mohd Ariff Ahmad Fuad, 20, dikesan hilang dari radar kira-kira jam 5 petang selepas berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), di sini untuk melakukan latihan penerbangan. Menara kawalan kemudian memaklumkan kehilangan pesawat itu kepada polis sebelum operasi mencari digerakkan di hutan Bidong. Operasi mencari membabitkan polis, Jabatan Pertahanan Awam, Pasukan Gerakan Am dan orang kampung akhirnya menemui bangkai pesawat terbabit di kawasan hutan itu, 100 meter dari Lapang Sasar Polis DiRaja Malaysia kira-kira jam 7.15 pagi yang membawa kepada penemuan mayat Mohd Ariff di tempat duduk dalam pesawat. Allahyarham Mohd Ariff dipercayai meninggal di tempat kejadian 12 jam sebelum ditemui disyaki akibat hentakan kuat dan kecederaan parah di kepala. Mohd Farid pula ditemui lapan meter dari bangkai pesawat dan mengalami cedera parah di kepala dan muka selain patah kaki kiri
Farid is my junior in Asasi sains UM. He is very nice person and a good brother. i was shock with the news, and i hope all of us can pray for him

3 comments:

alifreyes or said...

jr ke jambu...

opsss

big boss said...

farid memmang jambu pon..

Anonymous said...

heeee jambuu? nak kenalll hahha. yeayy now i can read ur blog everydayyyy! hhahaha so pleasee update moree hehe